Wednesday, April 12, 2017

catatan umi

Hebusan angin di awal pagi bergitu nyaman sekali .Mood pagi yg bergitu bertenaga ceria bila sekali sekala terbau keharuman bunga rose yg sedang mekar berkembang di halaman rumah jiran ku.Bergitu indahnya ketenangan..😊.Sedang aku mengulit hati yang bergitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi 😡😡.Ya ALLAH! bau yang amat aku benci sekali "air kencing kucing".Kesabaran yg cuba aku cuba lagi cuba agar terus menjadi seorang penyabar walaupun berbagai dugaan yg terpaksa aku terima semenjak jiran ku membela kucing. Aku terpaksa menutup setiap jendela rumah kerana kucing akan masuk kedalam rumah akhirnya sofa dan katil bilik tido habis diberaknya.Aku telah memberitahunya bahawa kucing yang dibelanya suka berak di rumah ku tapi di nafikannya.Aku bukan anti 'kucing' kerana aku juga amat sukakan kucing .

Knapalah susah sangat untuk memahami hati manusia lain. Jika boleh tak ingin aku bergaduh dengan jiran tetangga.Biarlah hidup penuh tenang walaupun tidak mesra.Wahai jiran ku ketahuilah bertapa sakitnya hati ku ini bila setiapkali aku melihat kereta ku bercalar kerana kucingmu. Bertapa sedihnya hati ku bila aku melihat najis kucing mu bertompok tompok didepan pintu rumah ku. Bertapa peningnya kepala ku bila menghidu air kencing kucingmu.Bertapa kecewanya aku bila aku mendapat jiran sepertimu.

Aku bukan jenis suka bergossip sbb itulah aku memberitahumu kerana aku tahu itu kucing mu yang kau lepaskan setiap awal pagi.Tetapi kau menganggap satu kegembiraan utk kau dan suami mu pelekehkan aku di awal pagi.Wahai jiranku...aku kesian pada mu kerana aku bimbang amalan yg kau lakukan didunia ini akan muflis di akhirat nanti.Aku juga kedekut utk memberi amalan ku pada mu di akhirat nanti sbb itulah aku cuba lakukan yg terbaik walaupun kadangkala aku tewas dgn emosiku.


Sunday, March 12, 2017

Catatan umi

Kehidupan bersama anak gadis  yg meningkat remaja banyak mengajar erti kesabaran yg sebenar.Walaupun cuba lakukan yg tbaik namun masih ada yg kurangnya.Sebagai seorang ibu yg mahukan segalanya terbaik untuk anaknya walaupun hati ni berkata ^tiada yg sempurna^.Mata mata yg melihat dan telinga telinga mendengar ....mulut mulut pun berbicara seolah ^salahnya cara mendidik^.Tangan yg menghayun tangan yg membesarkannya dan tangan ini jua mendoakan takkan tangan ini juga ingin membinasakan!.Yg pasti walaupun seribu sejuta dan berbillion tapi sen juga yg diperkatakan.

Monday, February 27, 2017

Catatan umi

Aku seorg ibu yg mempunyai seorang anak gadis .Bagiku untuk menjadi seorang ibu bukannya mudah apatah lagi aku hanya memiliki seorang anak gadis yg meningkat remaja.Siang td aku membaca suratkhabar berkaitan pelajar perempuan berusia 15 tahun di tangkap di bilik hotel bersama dgn teman lelakinya berusia 17 tahun.Di usia yg bergitu mentah.Kemahuan untuk merasai belaian seorang lelaki seperti belaian ibubapa mybbkan remaja mengikut kata hati  tanpa mengetahui sedalamnya akibatnya kemudian hari.Terfikirnya aku sebagai seorang ibu,aku harus mendekati anak gadisku dengan berkongsi ilmu tentang kewanitaan.Apa itu sexsual dan bila waktunya .Aku tidak ingin menunding jari pada remaja yg terjebak dlm masaalah pergaulan bebas , bagi aku sebagai ibu ,ibubapa yg bersalah dalam mendidik anak terutama ketika anak itu menuju ke usia remaja.

Monday, January 2, 2017

Catatan umi

Kegigihan seorang anak gadis menghadapi kehilangan ibubapa dan adikberadik dlm kemalangan jiwa 2 tahun yg lalu membuatkan aku bergitu teruja.Aku melihat bergitu kentalnya hatinya melawan kesedihan yg bersarang di hatinya dengan caranya tersendiri.Ya Allah...beratnya ujian itu.Aku sudah berusia 50 tahun pun rasanya tak mampu menanggung apatah lagi anak ini berusia 21 tahun.Bertapa kerdilnya aku.