Wednesday, April 12, 2017

catatan umi

Hebusan angin di awal pagi bergitu nyaman sekali .Mood pagi yg bergitu bertenaga ceria bila sekali sekala terbau keharuman bunga rose yg sedang mekar berkembang di halaman rumah jiran ku.Bergitu indahnya ketenangan..😊.Sedang aku mengulit hati yang bergitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi 😡😡.Ya ALLAH! bau yang amat aku benci sekali "air kencing kucing".Kesabaran yg cuba aku cuba lagi cuba agar terus menjadi seorang penyabar walaupun berbagai dugaan yg terpaksa aku terima semenjak jiran ku membela kucing. Aku terpaksa menutup setiap jendela rumah kerana kucing akan masuk kedalam rumah akhirnya sofa dan katil bilik tido habis diberaknya.Aku telah memberitahunya bahawa kucing yang dibelanya suka berak di rumah ku tapi di nafikannya.Aku bukan anti 'kucing' kerana aku juga amat sukakan kucing .

Knapalah susah sangat untuk memahami hati manusia lain. Jika boleh tak ingin aku bergaduh dengan jiran tetangga.Biarlah hidup penuh tenang walaupun tidak mesra.Wahai jiran ku ketahuilah bertapa sakitnya hati ku ini bila setiapkali aku melihat kereta ku bercalar kerana kucingmu. Bertapa sedihnya hati ku bila aku melihat najis kucing mu bertompok tompok didepan pintu rumah ku. Bertapa peningnya kepala ku bila menghidu air kencing kucingmu.Bertapa kecewanya aku bila aku mendapat jiran sepertimu.

Aku bukan jenis suka bergossip sbb itulah aku memberitahumu kerana aku tahu itu kucing mu yang kau lepaskan setiap awal pagi.Tetapi kau menganggap satu kegembiraan utk kau dan suami mu pelekehkan aku di awal pagi.Wahai jiranku...aku kesian pada mu kerana aku bimbang amalan yg kau lakukan didunia ini akan muflis di akhirat nanti.Aku juga kedekut utk memberi amalan ku pada mu di akhirat nanti sbb itulah aku cuba lakukan yg terbaik walaupun kadangkala aku tewas dgn emosiku.