Saturday, April 21, 2018

Luahan hati seorang anak

Hati seorang wanita yg bergelar ibu..umi..mama..mak tak kira kandung mahupun angkat semuanya akan melahirkan kasihsayang yang hanya Allah Mengetahui bertapa luasnya kasih ..cinta...malah sanggup serah segalanya demi seorang insan bergelar 'anak'.
Wahai anak...kecewanya hatimu parah hati ibu.Sedihnya wajahmu remuk seluruh raga ibu tapi ibu cuba menampak kekuatan didepan mu agar kamu menjadi insan yg tabah mengharungi segala kekecewaan kesedihan kerana selagi nyawa dibadan...kamu akan terus merasainya keperitaan untuk mendewasakan kamu.
Apabila ibu menatap wajahmu,terdetik hati ibu..adakah ibu salah mendidikmu ketika kamu kecil! ..Ya ibu mengakui kelemahan ibu😢.lbu yang bergitu teruja ingin menjadi seorang ibu tapi kosong dengan ilmu keibuaan hanya yang ibu tahu kegembiraan.
Ibu akui ibu bergitu teruja bila melihat anak-anak teman ibu bergitu berjaya dalam pendidikkan dan berkerjaya tapi tanpa kamu tahu wahai anak ibu ,ibu lagi bangga bila melihat kamu bergitu taat pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
Setiap ibu mahu melihat anaknya berjaya didunia dan akhirat.lbu menerima kekurangan kamu sedikit demi sedikit kerana ibu juga ada kekurangan jua😊.
Wahai anak ibu...setiapkali ibu menghantar kamu ke kolej,ibu hanya mahu kamu menjadi seorang yg berilmu...bab rezeki ibu cuba pujuk hati bahawa rezeki itu milik Allah s.w.t dan ibu amat yakin bahawa Allah s.w.t Pengasih dan Penyayang tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.lbu bersyukur dengan apa yg ada didepan mata ibu dan ibu mahu semuanya di redhai oleh-Nya.

5 comments:

  1. Salam...uni semoga uni tabah dlm menghadapi dugaan mendidik anak2. Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
  2. Salam...uni semoga uni tabah dlm menghadapi dugaan mendidik anak2. Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah umi,rabiatul belajar bersungguh ya umi ;) love u mum

    ReplyDelete