Monday, September 3, 2018

Hati seorang isteri

Isteri....siangmu dipenuhi dengan tugas harian..celiknya kelopak matamu terbentanglah tugas yang harus malah wajib untuk di bereskan walaupun kadangkala kudrat tidak mampu tp kerana semangat yang kuat semuanya siap.Penat memikul di hiasi dengan tenang...tenangnya berlikunya kesabaran.
Isteri...ditatap wajah insan tercinta .Perginya dan pulangnya di sinari dengan senyuman dan doa. Doa agar dilindungi segala kejahatan. Kejahatan yang amat menakutkan ialah kejahatan dari wanita. Wanitalah yang mengajak kemungkaran. Zaman sudah berubah...wanita bergelar isteri bergitu rancak dan berani untuk mengoda suami orang kerana nafsu.Nafsu yang tak dapat di penuhi oleh suami sendiri akhirnya dicari suami orang untuk melepaskan.
Dihiasi dengan kecantikkan solekkan dipakaikan baju yang ketat mulalah berjalan mengiurkan..wahai suami-suami...bertapa rugi dan dayusnya kalian kerana membiarkan isteri kalian.
Jangan di percayai wanita yang bergelar'ustazah' kerana ustazah sekarang kebanyakkannya syaitan bertopengkan manusia.Inilah yang dikatakan iman tidak boleh dijualbeli.

No comments:

Post a Comment