Saturday, July 27, 2019

Anugerah

Pagi tadi umi kepasar,ketika memilih ubi kentang ..umi dilayan oleh anak lelaki taukeh kedai. Umurnya dalam 20an..umi terperasaan kelambatan gerak lakunya untuk melakukan sesuatu pekara. Umi tunggu dengan sabar...ketika melihatnya membuat kerja ,umi membayangkan seolah anak umi  yang sedang lakukan kerja tu dengan pergerakkan yg lambat. Timbul rasa kasih dan hormat dihati umi terhadap budak lelaki itu kerana walaupun dia mempunyai kelemahan tapi dia masih mahu bekerja dan menolong ibunya.
Disinilah umi dapat pengajaran untuk diri umi bahawa setiap manusia ada keistimewaannya ,kesempurnaan dan kelemahannya .

Tuesday, May 14, 2019

Maryam ayunni

"Dalam perjalanan menuju kearah kebahagiaan... bergitu banyak dugaan yang harus aku tempuhi. Aku rasa seperti orang yang pasif . Tidak! Aku tidak pasif!!!. Aku adalah gadis yang sememangnya pendiam dan bersopan santun"... Maryam bingkas bangun dari katil  sambil mengurai rambut ikal mayangnya. Tubuhnya yang sederhana tingginya dan kecil bergitu ranum dipandang.
"Maryam! Maryam!dah bangun ke belum.??. Dah pukul berapa ni??" Mak tijah ibu maryam mula mengomel dari luar.Perlahan-lahan maryam membuka pintu lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke mak tijah lalu mak....!!dipeluknya mak tijah dari belakang . Mak tijah tersenyum sambil memusingkan wajahnya menatap wajah maryam anak gadis tunggalnya dengan penuh kasihsayang. Jom makan. Mak dah masak nasi lemak ayam goreng sambil meyeduk nasi lemak lalu diberikan pada maryam. Mak...kenapa susah susah masak untuk maryam. Maryamkan boleh masak untuk mak...luahan maryam pada mak tijah.Tak apalah maryam...mak rasa nak masak untuk maryam apatah lagi dah hampir sebulan maryam tak balik kampung semenjak bekerja dibandar. Mak..bukan maryam tak nak balik ...ermmm maryam banyak kerja mak lagipum bos maryam tu dah awal-awal bagitu semasa temuduga hari tu jika maryam ditawarkan kerja di syarikatnya, maryam tak boleh minta
cuti sepanjang tempoh percubaan ini.Tak apalah maryam ...mak dah tahu...sajer mak bercakap...ditatap wajah maryam penuh kasih sayang.makanlah maryam ucap maktijah.
"Mak...kalau.lah mak tahu hati maryam ni tentu mak tak bagi maryam kerje. Maryam rindukan mak...maryam rindukan mak tapi mak...maryam terpaksa pendamkan untuk maryam berdikari."
Dari tadika, sekolah rendah ,menengah dan kolej..mak dan ayahlah menghantar mengambil maryam sampaikan orang mengata kan mak dan ayah mengongkong maryam.Apa yang boleh maryam buat hanya diam sajee sbb mak tak bagi maryam bergaduh.







Saturday, May 11, 2019

Akhlak mencerminkan diri

Umi cuba berlapang dada dan belajar untuk bersabar bukan saja di bulan ramadhan malah setiap hari setiap bulan setiap tahun,umi mahu jadi manusia dan hamba yang terbaik disisi Allah s.w.t tapi kali ini umi tewas dengan ego umi.
Diawal pagi 6.30 am umi dah berconggok di hospital utk ambil darah. Umilah org pertama meletak kad rawatan untuk mengambil darah. Dalam setengah jam dh ada beberapa org datang. Dalam menunggu adalah seorang lelaki bersama dua orang anak perempuan datang meletak kad. Umi perhati jer gelagat lelaki tu. Dalam fikiran umi,ini mesti mahu langkau giliran. Umi yg diam ni mula rasa tak
Senanghati.
Sangkaan umi tepat...lelaki itu bercakap dgn nurse dan terus anak nya
dipanggil. Umi mmg sakit hati sangat. Umi bukan jenis pentingkan diri tapi umi paling benci akhlak orang melayu.
Cuba belajar bertanya atau memohon kemaafan bila mahu mengambil tempat orang dengan merendahkan diri memberitahu masaalah yg menybbkan kita mahu cepat. Cara tidak menghalalkan tindakkan.
Bagi umi...apabila kita menyakiti hati orang dalam situasi apa pun....penyakit yg kita hadapi mmg payah nak sembuh.Sepanjang umi ke hospital,umi selalu melihat cara org melayu ketika beratur. Apabila datang lewat ...dengan muka selamba memintas giliran org yang datang awal. Kenapa umi benci dengan sikap orang melayu sbb umi orang melayu dan beragama islam ...Rasulullah s.a.w dah mengajar kita tentang akhlak tapi kenapa kita tak tunjuk contoh yg baik kepada non muslim.
Umi walaupun dapat layanan yg baik dari doktor  tapi umi ttp datang jam 6.30 pagi untuk beratur kerana umi tidak mahu keistimewaan yg umi dapat boleh menybbkan salah faham dan rasa tidak keadilan. Yer lah datang lewat tapi dapat jumpa doktor cepat sekali.
Umi tahu tak semuanya orang suka sikap umi tapi umi dh tak kisah mulut mulut bercakap ni sbb mulut mulut inilah yg menjahamkan agama islam dimata non muslim.

Friday, May 3, 2019

Leteran umi

Umi dah hampir 30 tahun memandu kereta namun umi rasa makin takut untuk memandu bila umi lihat pelbagai ragam manusia di atas jalanraya. Ada ketika umi sempat menjeling tajam bila kereta dibelakang mula menghimpit kereta umi ....wow sedang berbual mengguna hp rupanya. Adakah nampak megah ke ada hp?? Bisnes berbillion ke?? ... jgn ego jika kita sebagai manusia tahu siapa kita. Umi bukannya nak berleter tapi umi hanya kesian bila melihat ragam manusia sekarang. Berlagak lebih ....yg harunya bila berlaku sesuatu barulah mengelabah. Fikirkan keburukkan bukannya letakkan keegoaan.
Umi pernah dengar bertapa susahnya seorang ayah bila keretanya dipandu oleh anaknya mengalami acident. ..dahlah kereta rosak kena bayar pulak untuk kereta yg dilanggar. 


Hatiku siapa yg tahu

Umi dah berumur 51 tahun dlm proses putus haid. 20 tahun yg lalu...bonda umi sudah melaluinya. Pernah bonda umi meluahkan rasa hatinya yg sedih bila mendengar org buat bandingan wanita putus haid dengan ayam pencen.ketika itu umi tak faham kenapa bonda umi bergitu terasa ..tapi bila bonda umi menyambung luahan hatinya barulah umi faham,rupanya bonda umi sudah pun putus haid dan kata-kata itu seolah menghina dia.
Bagi wanita seperti bonda umi,mmg akan cepat terasa kerana dalam proses putus haid,bonda umi akan terasa kepanasan pada seluruh tubuhnya apatah lg menganggu tidurnya ketika malam.Pernah umi temankan bonda umi berbual di luar rumah hingga pukul 3pagi. Mmg menyeronokkan apatah lagi waktu tu umi sedang bercinta. Jadi banyak umi berkongsi dengan bonda umi.
Tanpa umi sedar,kekerapan umi berbual dengan bonda umi....bonda umi nampak makin selesa.Sekarang umi pula akan mengharunginya pula.insha Allah dengan pertolongan Allah s.w.t serta suami tercinta dan anakanda tersayang...umi akan tempuhi dengan tenang.

Salam dari umi

Assalamualaikum. ...dah lama umi tak berkongsi cerita. Kadangkala umi berceloteh dalam diam dihati untuk mendapat ketenangan walaupun hakikatnya ketenangan itu milik Allah s.w.t. Umi cuba lakukan yang terbaik dalam hidup ni kerana umi tahu hidup ini hanya sementara namun ada ketikanya umi tewas dengan kemahuaan dan ego umi.umi tidak boleh memaksa manusia disekeliling mengikut cara umi kerana umi pun bukannya sempurna. Dalam tidak kesempurnaan umi ini ...umi cuba menyempurnakan apa yang umi mahukan walaupun umi di hina ..di umpat kerana Allah s.w.t maha Mengetahui hati umi. Airmata umi banyak membasuh hati umi agar terus sabar dan redha dalam mengharungi hidup ini kerana pengadil yang Maha Adil adalah Allah s.w.t.Dalam goyah hinggakan mahu tersungkur...umi masih berpaut dengan yakin qada dan qadar.Umi selalu menasihati diri umi agar yakin dengan kasihsayang Allah dan menyakini Allah s.w.t tidak pernah memungkiri janji pada hamba -Nya .
Bukan mudah untuk umi melakukanya kerana umi juga manusia tapi umi akan terus mahu jadi yang terbaik walaupun umi selalu tewas. Rahmat Allah s.w.t amat luas dan umi mahu Allah s.w.t menjemput umi dalam Rahmat dan kasihsayang-Nya.

Monday, September 3, 2018

Hati seorang isteri

Isteri....siangmu dipenuhi dengan tugas harian..celiknya kelopak matamu terbentanglah tugas yang harus malah wajib untuk di bereskan walaupun kadangkala kudrat tidak mampu tp kerana semangat yang kuat semuanya siap.Penat memikul di hiasi dengan tenang...tenangnya berlikunya kesabaran.
Isteri...ditatap wajah insan tercinta .Perginya dan pulangnya di sinari dengan senyuman dan doa. Doa agar dilindungi segala kejahatan. Kejahatan yang amat menakutkan ialah kejahatan dari wanita. Wanitalah yang mengajak kemungkaran. Zaman sudah berubah...wanita bergelar isteri bergitu rancak dan berani untuk mengoda suami orang kerana nafsu.Nafsu yang tak dapat di penuhi oleh suami sendiri akhirnya dicari suami orang untuk melepaskan.
Dihiasi dengan kecantikkan solekkan dipakaikan baju yang ketat mulalah berjalan mengiurkan..wahai suami-suami...bertapa rugi dan dayusnya kalian kerana membiarkan isteri kalian.
Jangan di percayai wanita yang bergelar'ustazah' kerana ustazah sekarang kebanyakkannya syaitan bertopengkan manusia.Inilah yang dikatakan iman tidak boleh dijualbeli.

Saturday, April 21, 2018

Luahan hati seorang anak

Hati seorang wanita yg bergelar ibu..umi..mama..mak tak kira kandung mahupun angkat semuanya akan melahirkan kasihsayang yang hanya Allah Mengetahui bertapa luasnya kasih ..cinta...malah sanggup serah segalanya demi seorang insan bergelar 'anak'.
Wahai anak...kecewanya hatimu parah hati ibu.Sedihnya wajahmu remuk seluruh raga ibu tapi ibu cuba menampak kekuatan didepan mu agar kamu menjadi insan yg tabah mengharungi segala kekecewaan kesedihan kerana selagi nyawa dibadan...kamu akan terus merasainya keperitaan untuk mendewasakan kamu.
Apabila ibu menatap wajahmu,terdetik hati ibu..adakah ibu salah mendidikmu ketika kamu kecil! ..Ya ibu mengakui kelemahan ibu😢.lbu yang bergitu teruja ingin menjadi seorang ibu tapi kosong dengan ilmu keibuaan hanya yang ibu tahu kegembiraan.
Ibu akui ibu bergitu teruja bila melihat anak-anak teman ibu bergitu berjaya dalam pendidikkan dan berkerjaya tapi tanpa kamu tahu wahai anak ibu ,ibu lagi bangga bila melihat kamu bergitu taat pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
Setiap ibu mahu melihat anaknya berjaya didunia dan akhirat.lbu menerima kekurangan kamu sedikit demi sedikit kerana ibu juga ada kekurangan jua😊.
Wahai anak ibu...setiapkali ibu menghantar kamu ke kolej,ibu hanya mahu kamu menjadi seorang yg berilmu...bab rezeki ibu cuba pujuk hati bahawa rezeki itu milik Allah s.w.t dan ibu amat yakin bahawa Allah s.w.t Pengasih dan Penyayang tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.lbu bersyukur dengan apa yg ada didepan mata ibu dan ibu mahu semuanya di redhai oleh-Nya.

Wednesday, April 12, 2017

catatan umi

Hebusan angin di awal pagi bergitu nyaman sekali .Mood pagi yg bergitu bertenaga ceria bila sekali sekala terbau keharuman bunga rose yg sedang mekar berkembang di halaman rumah jiran ku.Bergitu indahnya ketenangan..😊.Sedang aku mengulit hati yang bergitu ceria tiba-tiba bertukar menjadi 😡😡.Ya ALLAH! bau yang amat aku benci sekali "air kencing kucing".Kesabaran yg cuba aku cuba lagi cuba agar terus menjadi seorang penyabar walaupun berbagai dugaan yg terpaksa aku terima semenjak jiran ku membela kucing. Aku terpaksa menutup setiap jendela rumah kerana kucing akan masuk kedalam rumah akhirnya sofa dan katil bilik tido habis diberaknya.Aku telah memberitahunya bahawa kucing yang dibelanya suka berak di rumah ku tapi di nafikannya.Aku bukan anti 'kucing' kerana aku juga amat sukakan kucing .

Knapalah susah sangat untuk memahami hati manusia lain. Jika boleh tak ingin aku bergaduh dengan jiran tetangga.Biarlah hidup penuh tenang walaupun tidak mesra.Wahai jiran ku ketahuilah bertapa sakitnya hati ku ini bila setiapkali aku melihat kereta ku bercalar kerana kucingmu. Bertapa sedihnya hati ku bila aku melihat najis kucing mu bertompok tompok didepan pintu rumah ku. Bertapa peningnya kepala ku bila menghidu air kencing kucingmu.Bertapa kecewanya aku bila aku mendapat jiran sepertimu.

Aku bukan jenis suka bergossip sbb itulah aku memberitahumu kerana aku tahu itu kucing mu yang kau lepaskan setiap awal pagi.Tetapi kau menganggap satu kegembiraan utk kau dan suami mu pelekehkan aku di awal pagi.Wahai jiranku...aku kesian pada mu kerana aku bimbang amalan yg kau lakukan didunia ini akan muflis di akhirat nanti.Aku juga kedekut utk memberi amalan ku pada mu di akhirat nanti sbb itulah aku cuba lakukan yg terbaik walaupun kadangkala aku tewas dgn emosiku.


Sunday, March 12, 2017

Catatan umi

Kehidupan bersama anak gadis  yg meningkat remaja banyak mengajar erti kesabaran yg sebenar.Walaupun cuba lakukan yg tbaik namun masih ada yg kurangnya.Sebagai seorang ibu yg mahukan segalanya terbaik untuk anaknya walaupun hati ni berkata ^tiada yg sempurna^.Mata mata yg melihat dan telinga telinga mendengar ....mulut mulut pun berbicara seolah ^salahnya cara mendidik^.Tangan yg menghayun tangan yg membesarkannya dan tangan ini jua mendoakan takkan tangan ini juga ingin membinasakan!.Yg pasti walaupun seribu sejuta dan berbillion tapi sen juga yg diperkatakan.

Monday, February 27, 2017

Catatan umi

Aku seorg ibu yg mempunyai seorang anak gadis .Bagiku untuk menjadi seorang ibu bukannya mudah apatah lagi aku hanya memiliki seorang anak gadis yg meningkat remaja.Siang td aku membaca suratkhabar berkaitan pelajar perempuan berusia 15 tahun di tangkap di bilik hotel bersama dgn teman lelakinya berusia 17 tahun.Di usia yg bergitu mentah.Kemahuan untuk merasai belaian seorang lelaki seperti belaian ibubapa mybbkan remaja mengikut kata hati  tanpa mengetahui sedalamnya akibatnya kemudian hari.Terfikirnya aku sebagai seorang ibu,aku harus mendekati anak gadisku dengan berkongsi ilmu tentang kewanitaan.Apa itu sexsual dan bila waktunya .Aku tidak ingin menunding jari pada remaja yg terjebak dlm masaalah pergaulan bebas , bagi aku sebagai ibu ,ibubapa yg bersalah dalam mendidik anak terutama ketika anak itu menuju ke usia remaja.

Monday, January 2, 2017

Catatan umi

Kegigihan seorang anak gadis menghadapi kehilangan ibubapa dan adikberadik dlm kemalangan jiwa 2 tahun yg lalu membuatkan aku bergitu teruja.Aku melihat bergitu kentalnya hatinya melawan kesedihan yg bersarang di hatinya dengan caranya tersendiri.Ya Allah...beratnya ujian itu.Aku sudah berusia 50 tahun pun rasanya tak mampu menanggung apatah lagi anak ini berusia 21 tahun.Bertapa kerdilnya aku.