Friday, May 3, 2019

Salam dari umi

Assalamualaikum. ...dah lama umi tak berkongsi cerita. Kadangkala umi berceloteh dalam diam dihati untuk mendapat ketenangan walaupun hakikatnya ketenangan itu milik Allah s.w.t. Umi cuba lakukan yang terbaik dalam hidup ni kerana umi tahu hidup ini hanya sementara namun ada ketikanya umi tewas dengan kemahuaan dan ego umi.umi tidak boleh memaksa manusia disekeliling mengikut cara umi kerana umi pun bukannya sempurna. Dalam tidak kesempurnaan umi ini ...umi cuba menyempurnakan apa yang umi mahukan walaupun umi di hina ..di umpat kerana Allah s.w.t maha Mengetahui hati umi. Airmata umi banyak membasuh hati umi agar terus sabar dan redha dalam mengharungi hidup ini kerana pengadil yang Maha Adil adalah Allah s.w.t.Dalam goyah hinggakan mahu tersungkur...umi masih berpaut dengan yakin qada dan qadar.Umi selalu menasihati diri umi agar yakin dengan kasihsayang Allah dan menyakini Allah s.w.t tidak pernah memungkiri janji pada hamba -Nya .
Bukan mudah untuk umi melakukanya kerana umi juga manusia tapi umi akan terus mahu jadi yang terbaik walaupun umi selalu tewas. Rahmat Allah s.w.t amat luas dan umi mahu Allah s.w.t menjemput umi dalam Rahmat dan kasihsayang-Nya.

No comments:

Post a Comment