Friday, May 3, 2019

Hatiku siapa yg tahu

Umi dah berumur 51 tahun dlm proses putus haid. 20 tahun yg lalu...bonda umi sudah melaluinya. Pernah bonda umi meluahkan rasa hatinya yg sedih bila mendengar org buat bandingan wanita putus haid dengan ayam pencen.ketika itu umi tak faham kenapa bonda umi bergitu terasa ..tapi bila bonda umi menyambung luahan hatinya barulah umi faham,rupanya bonda umi sudah pun putus haid dan kata-kata itu seolah menghina dia.
Bagi wanita seperti bonda umi,mmg akan cepat terasa kerana dalam proses putus haid,bonda umi akan terasa kepanasan pada seluruh tubuhnya apatah lg menganggu tidurnya ketika malam.Pernah umi temankan bonda umi berbual di luar rumah hingga pukul 3pagi. Mmg menyeronokkan apatah lagi waktu tu umi sedang bercinta. Jadi banyak umi berkongsi dengan bonda umi.
Tanpa umi sedar,kekerapan umi berbual dengan bonda umi....bonda umi nampak makin selesa.Sekarang umi pula akan mengharunginya pula.insha Allah dengan pertolongan Allah s.w.t serta suami tercinta dan anakanda tersayang...umi akan tempuhi dengan tenang.

1 comment:

  1. Salam kenal ummi. Insyaallah. Umi akan mampu melaluinya dengan izin Allah.

    ReplyDelete