Saturday, May 11, 2019

Akhlak mencerminkan diri

Umi cuba berlapang dada dan belajar untuk bersabar bukan saja di bulan ramadhan malah setiap hari setiap bulan setiap tahun,umi mahu jadi manusia dan hamba yang terbaik disisi Allah s.w.t tapi kali ini umi tewas dengan ego umi.
Diawal pagi 6.30 am umi dah berconggok di hospital utk ambil darah. Umilah org pertama meletak kad rawatan untuk mengambil darah. Dalam setengah jam dh ada beberapa org datang. Dalam menunggu adalah seorang lelaki bersama dua orang anak perempuan datang meletak kad. Umi perhati jer gelagat lelaki tu. Dalam fikiran umi,ini mesti mahu langkau giliran. Umi yg diam ni mula rasa tak
Senanghati.
Sangkaan umi tepat...lelaki itu bercakap dgn nurse dan terus anak nya
dipanggil. Umi mmg sakit hati sangat. Umi bukan jenis pentingkan diri tapi umi paling benci akhlak orang melayu.
Cuba belajar bertanya atau memohon kemaafan bila mahu mengambil tempat orang dengan merendahkan diri memberitahu masaalah yg menybbkan kita mahu cepat. Cara tidak menghalalkan tindakkan.
Bagi umi...apabila kita menyakiti hati orang dalam situasi apa pun....penyakit yg kita hadapi mmg payah nak sembuh.Sepanjang umi ke hospital,umi selalu melihat cara org melayu ketika beratur. Apabila datang lewat ...dengan muka selamba memintas giliran org yang datang awal. Kenapa umi benci dengan sikap orang melayu sbb umi orang melayu dan beragama islam ...Rasulullah s.a.w dah mengajar kita tentang akhlak tapi kenapa kita tak tunjuk contoh yg baik kepada non muslim.
Umi walaupun dapat layanan yg baik dari doktor  tapi umi ttp datang jam 6.30 pagi untuk beratur kerana umi tidak mahu keistimewaan yg umi dapat boleh menybbkan salah faham dan rasa tidak keadilan. Yer lah datang lewat tapi dapat jumpa doktor cepat sekali.
Umi tahu tak semuanya orang suka sikap umi tapi umi dh tak kisah mulut mulut bercakap ni sbb mulut mulut inilah yg menjahamkan agama islam dimata non muslim.

No comments:

Post a Comment