Saturday, July 27, 2019

Anugerah

Pagi tadi umi kepasar,ketika memilih ubi kentang ..umi dilayan oleh anak lelaki taukeh kedai. Umurnya dalam 20an..umi terperasaan kelambatan gerak lakunya untuk melakukan sesuatu pekara. Umi tunggu dengan sabar...ketika melihatnya membuat kerja ,umi membayangkan seolah anak umi  yang sedang lakukan kerja tu dengan pergerakkan yg lambat. Timbul rasa kasih dan hormat dihati umi terhadap budak lelaki itu kerana walaupun dia mempunyai kelemahan tapi dia masih mahu bekerja dan menolong ibunya.
Disinilah umi dapat pengajaran untuk diri umi bahawa setiap manusia ada keistimewaannya ,kesempurnaan dan kelemahannya .

No comments:

Post a Comment